Domo-kun Cute

Sunday 24 March 2013

Cintakan Allah lebih dri segala-galanya


Sekiranya,kita cintakan manusia,tak semestinya manusia cinta kepada kita,Tetapi sekiranya,kita cinta kepada Allah,nescaya cinta  Allah tiada penghujungnya.Sekiranya,kita cinta kepada manusia,kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai,Tetapi sekiranya,kita cinta kepada Allah,kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Kepada sesiapa yang telah jatuh cinta, atau mungkin sedang mencari cinta, insyaAllah, di sini ingin dikongsikan satu doa  memandangkan isu cinta sangat membahayakan dan menular ke seluruh pelusuk bumi ini. (konteksnya, cinta antara lelaki dan perempuan lah ni)
Ya Allah,andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,Maka,campakkanlah di dalam hatiku,cinta kepadanya adalah kerana-Mu,dan campakkanlah ke dalam hatinya,cinta kepadaku adalah kerana-Mu.Namun,andainya dia bukan jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian yang Kau berikan kepadaku.
                              ( Aminah Qutb)

No comments:

Post a Comment