Domo-kun Cute

Sunday 24 March 2013

Menutup aurat. :) Tak susah punn lahh.


Subhanallah cantiknya ciptaan Allah.


Budak kecil pun boleh memakai tudung dengan sempurna. Kenapa kita yang dewasa ni tak boleh?


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, 31)











Cintakan Allah lebih dri segala-galanya


Sekiranya,kita cintakan manusia,tak semestinya manusia cinta kepada kita,Tetapi sekiranya,kita cinta kepada Allah,nescaya cinta  Allah tiada penghujungnya.Sekiranya,kita cinta kepada manusia,kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai,Tetapi sekiranya,kita cinta kepada Allah,kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Kepada sesiapa yang telah jatuh cinta, atau mungkin sedang mencari cinta, insyaAllah, di sini ingin dikongsikan satu doa  memandangkan isu cinta sangat membahayakan dan menular ke seluruh pelusuk bumi ini. (konteksnya, cinta antara lelaki dan perempuan lah ni)
Ya Allah,andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,Maka,campakkanlah di dalam hatiku,cinta kepadanya adalah kerana-Mu,dan campakkanlah ke dalam hatinya,cinta kepadaku adalah kerana-Mu.Namun,andainya dia bukan jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian yang Kau berikan kepadaku.
                              ( Aminah Qutb)

Saturday 23 March 2013

Amalan atau Ibadat kita amat penting

Aku tidak pernah rasa sedih ketika matahari terbenam kecuali kerana aku risau umurku ini makin meningkat tetapi amalku masih belum bertambah -Al Ghazali

Assalamualaikum :)




Jangan kau sangka labuh tudungku tanda alimnya diriku.

Aku juga sepertimu masih mencari-cari segenap cahaya
Buat menerangi sepanjang perjalanan.  

Firman Allah

"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri dan anak-anak perempuan kamu serta kepada para isteri orang mukmin sekalian, hendaklah menghulurkan JILBAB mereka ke seluruh tubuh badan mereka kerana dengan itu mereka akan mudah dikenali (sebagai wanita mukminah) dan mereka selamat daripada gangguan. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" - Al - Ahzab : 59

Amanat terakhir Rasulullah saw

Syaitan telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutunya dalam perkara-perkara kecil. Syaitan akan puas jika kamu sekalian melakukan perbuatan tercela. Oleh kerana itu hendaklah kamu menjaga agamamu dengan baik.

Nota dari hati lelaki

To be honest, sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!! Berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. Saya ni orang lelaki kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup. Malu woiii!! Tapi ada orang perempuan yang sanggup dedahkan aurat! Mana pergi malu? Menyusahkan hakuuu!!

Kepada kaum perempuan, aku merayu ni! Tutup lah aurat korang. Tutup setutup tutupnyeee! Kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh kerana perbuatan kamu, Tolonglahh, aku bukan orang warak, aku bukan alim ulamak. Aku hamba Allah yang biasa. Tak tahu sampai bila aku mampu bertahan.  :'(


-Wahai kaum perempuan, awak nak ke disebabkan awak seorang je, ramai lelaki di dunia ini dimasukkan  ke dalam neraka hanya sebab awak seorang. Saya ulangi HANYA SEBAB AWAK SEORANG SAHAJA.-

Pengakuan Seorang Wanita

Merasakan diri ini dihargai..tetapi tidak sedar cuma dipermainkan..

"Dulu time kita pakai baju ketat, memang suka laa, sebab diperhatikan dan selalu kena kacau dgn lelaki. Nnt lalu dpn laki, lelaki selalu suit suit, mintak no fon. Perghhh mmg rasa dihargai lah time tuu. Tapi bila hidayah dah datang, kita rasa kitalah manusia paling bodoh dekat dunia ni. Rasa harga diri dah jatuh sebab bagi free pada yang bukan halal. Bodohnya! bodohnya!!! "


Rupanya wanita yang pakai baju tak cukup kain terdedah sana, terdedah sini tuu cuma nak perhatian lelaki. Err, tapi mereka salah. Mereka cuma dijamah dan dinikmati bukan untuk dijadikan isteri. Nauzubillah min zalik, semoga dijauhkan.  :'(

-Aku yg perempuan ni pun malu sebab lelaki dh thu badan kita ni macam mana-