Domo-kun Cute

Saturday 29 June 2013

Bukti Allah itu mmg ada.

Badan umpama kerata dan roh pula adalah pemandunya. Jurutera membina kereta yang dipandu dengan baik. Sebagai pemandu, kita tidak pernah mengambil tahu cara enjin kereta berfungsi semasa bergerak, minyak dibakar di dalam piston dan bagaimana penghawa dingin berfungsi. 

Kita cuma diajar cara memandu dengan mengawal stereng, gera dan brek. Itu sudah cukup untuk membuatkan kereta itu bergerak ke mana-mana destinasi yang dituju. Begitu juga dengan badan. Kita cuma mengawal pergerakan tubuh. Namun, organ-organ yang menghidupkannya tidak pernah kita ambil tahu Bukan setakat tidak pernah ambil tahu, melihat jantung sendiri pun tidak pernah. 


Sama seperti kereta tadi. Kereta itu mempunya jurutera yang membinanya. Bezanya, badan dan seluruh alam ini dibina oleh 'jurutera' paling agung iaitu Allah yang maha pecipta. Dia yang menciptakan kita serta segala benda yang ada. Kita cuma dapat mengawal tidak sampai 5% saripada tubuh badan kita. Yang selebihnya berfungsi secara automatik seperti yang ditetapkan oleh Allah.


Pada masa ini pun, jantung, buah pinggang, paru dan semua organ badan kita sedang berfungsi. Adakah kita yang kawal semua itu? Semuanya rahmat Allah kepada kita. Cuba bayangkan macam mana mahu hidup kalau organ-organ dalam badan perlu dikawal dengan sendiri? Allah permudahkan semuanya bagi kita. Namun, kita jarang bersyukur kepadanya. 


Hanya satu perkara yang dia minta kita buat iaitu mengaku dia adalah Tuhan dan kita perlu menyembahnya yang menciptakan kita dan mengakui Nabi Muhammad  pesuruhnya. Itu pun tidak boleh? Adakah Dia mengahantar bil pada setiap hujung bulan bagi oksigen yang kita sedut dan bernafas dengannya? Adakah Dia meminta awak membayar upah kerana menggunakan jantung, buah pinggang, dan paru-paru? Adakah dia tarik balik semua benda itu daripada kita kerana tidak bersyukur dan mengaku dia itu Tuhan? Tidak pernah, bukan? Itu tandanya dia Tuhan yang Maha Penyayang.